Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah, selesai urusan pertukaran nama Danish minggu lepas.. last minute baru ke JPN.. bukan apa, sebelum ni aku pegi dah, tapi dokumen tak lengkap.. padahal aku dah call, tapi maklumat tak lengkap dia jelaskan kat aku.. hambek..
Prosesnya, korang kena pergi ke Jabatan Pendaftaran Negara, pegi ke Bahagian Kelahiran, macam korang nak register nama anak la.. bagitau yang korang nak tukar nama anak bagi umur bawah 12 bulan.. nanti pihak JPN akan bagi satu set borang yang korang kena isi..
Urusan Pesuruhjaya Sumpah
Borang untuk akuan sumpah.. isi nama korang sebagai parents.. tulis nama lama dan baru.. pegi ke JPN untuk pengesahan dari Pesuruhjaya Sumpah.. untuk pengetahuan, Pesuruhjaya Sumpah buka sampai kul 1petang je ye untuk hari Isnin hingga Khamis.. selepas waktu tu, boleh pegi ke Mahkamah atau Pejabat Pesuruhjaya Sumpah terdekat.. aku hari tu pegi Istana Kehakiman.. Bayaran untuk proses ni adalah RM4 (Pesuruhjaya Sumpah)
Urusan Jabatan Pendaftaran Negara
borang pertama.. tulis nama lama.. nama baru.. alamat.. no. pendaftaran.. no mykid.. etc..etc.. careful ye masa nak isi.. takpe je kalau salah, cuma jenuh la nak isi semula kat JPN nanti..
ok, ni borang yang sama.. muka depan dan belakang.. muka depan, isi yang perlu.. yang belakang tu baca betul²..
ok, borang ni pihak JPN akan bagi 2helai.. satu diisi oleh bapa, satu lagi diisi oleh ibu.. aku tersilap hari tu, dua² aku bedal tulis nama husband.. wakakaka.. jenuh gak la nak tulis tu.. phewww...
Dah siap semua, korang kena sediakan salinan kad pengenalan korang suami isteri dan salinan sijil nikah korang.. attach sekali dengan borang² dan surat pengesahan dari Pesuruhjaya Sumpah tu.. pegawai kat JPN akan semak.. bila dah ok, diorg akan proses maklumat dan terus kuar surat beranak baru yang tertera nama baru..
Hari tu ada yang tanya, kalau tukar nama ada tulis @ tak kat nama.. ok, untuk anak di bawah umur 12bulan, yang aku tau la kan, memang tak akan ada.. terus tertera nama baru dan tak ada @ surat beranak tu.. so, bila kat surat beranak tak ada, kat mykid pun tak ada..
taraaaaaaaaaa....dah siap.. sangat pantas proses ni.. yang leceh sikit bila kena pegi Pesuruhjaya Sumpah tu je..
Pastu, akan ada remark kat dalam surat beranak baru tu..
atas tu surat beranak lama, bawah tu baru.. remark sebagai "Tarikh Cabutan".. aku pun tak pasti cabutan apa.. hehehe..
Memandangkan mykid aku pegang dan husband tak bawa hari tu, so mykid tak dapat lagi la sebab diorg amik surat beranak dan mykid lama.. kena pegi JPN lagi la gamaknya..
Ok, sebelum ramai bertanya aku buat ni kata mana sebab cepat proses dia, aku buat kat JABATAN PENDAFTARAN, PUTRAJAYA..
so, membantu tak pada korang..
dan diumumkan bahawa, nama anakanda aku sekarang ialah,
MUHAMMAD DANISH ALTAFF..
notakecik : yayyyyyy, Khamis ni genap dak Danish setahun!!!