Assalamualaikum wbt..
Masih belum terlambat nak ucapkan Salam Aidiladha kat sumorang kan.. siyesli otak tepu giler.. macam banyak benda nak cerita, tapi satu habuk pun tak leh nak luahkan kat blog.. ecehhhh..
Cuti Raya Haji, 5hari engkooo.. Start Rabu company dah bagi cuti.. Rabu tu la aku pegi klinik, beli barang nak masak untuk raya, pegi saloon (cehhhh), etc..etc.. pagi raya tak ada yang menarik pun.. masak nasi himpit, kuah kacang dan rendang ayam.. so, bermakan² la kami tanpa henti 3beranak.. raya kedua husband keje.. ok, melalut dah ni..
Raya kedua keboringan di rumah.. nampak pisang 5biji atas meja terbiar layu di tasik madu, maka aku berniat nak buat cekodok pisang.. 4biji je yang helok, sebiji tu dah buruk.. dapatla sepinggan cekodok pisang.. masa ngah menggoreng, beria Danish nanges.. silap aku gak, belum masak dah pelawa anak makan, memang sengal la kannnn.. yang dalam kuali tu gak Danish nak..
menikmati sepinggan cekodok pisang sambil menonton upin ipin..
esoknya hemak buat jemput² kentang pulak.. beria Danish makan.. makan dengan baby dan lori² dia
makan merata tempat..
memula tertanya² gak dari mana la dia mula suka makan cekodok dan jejemput ni.. dari taska rupenya.. dan cekodok pisang adalah feveret Danish.. memang orang kampung Danish ni.. bagus, mommy senang sikit.. tak payah sesusah nak masak macaroni cheese la, spageti cabonara la..macam sebelum ni..
Danish memang seorang pemakan.. memang berselera sangat kalau bab makan.. apatah lagi kalau sup, memang laju.. tapi tu la masalahnya, berat badan naik sikit sampai aku naik muak nak jawab soalan² nurse tiap kali pegi checkup.. siap suggest multivitamin untuk tambah selera makan la.. anak aku bukan tak selera makan la, tapi apa yang dia makan tu tak jadi lelemak tepu atau daging.. sistem penghadaman Danish setakat ni alhamdulillah memang lancar.. sehari mesti 2kali..
okla, pasni boleh beli pisang selalu.. buat cekodok.. nak buat jemput² ikan bilis susah pulak Danish nak kunyah ikan bilis tu.. miahahaha..
sesambil menaip entry ni terus jadi laparina..apakah??