Quantcast
Channel: Blog MizzTina
Viewing all articles
Browse latest Browse all 231

Jalan-jalan Cari Makan : Port Cafe Bangi

$
0
0
Assalamualaikum wbt..

Cerita Jumaat lepas sebenarnya, tapi dah tak sempat nak up, up la hari ni.. pon bolleyyyy.. makan² dengan opismet.. tu pun sebab ada hamba Allah ni belanja, Alhamdulillhah, murah rezeki.. tak yah kuar duit.. kehkehkeh..

Btw, ni adalah kali kedua aku mai kedai ni.. 1st dulu datang makan nasi ayam penyet.. oleh kerana tekak aku lately ni tak brape gemar dengan nasi, aku order western je.. meh la tayang apa yang kitorang makan dulu..pastu aku up harga.. tapi tang harga aku tepek link blog lain la sebabnya aku tak ada senarai harga tu.. 
aku makan ni.. Grilled Chicken.. tekak ni gedik naw naw nak western


yang ni lak Chicken Steak


ni air aku.. bandung cincau.. sedap dah sedap, ais lak kurang..


yang ni lak Fish Steak (kalau tak silap aku..kehkehkeh).. sedap gak ni.. 


yang ni aku tak tau mende.. kalau aku panggil, beger la.. dalam menu tak tau apa.. nampak menarik.. sedap kot..

ni lak bukan untuk dijual.. tapi geng makan hari Jumaat lepas.. kurang sorang dalam gambar sebab dia yang snap.. 

keseluruhan, memang sedap.. harga murah.. makan bertujuh tu, total RM110.20 je.. murah kan.. dua menu tak sempat snap, Special Chicken Chop dan Nasi Ayam Penyet Special... nak tengok senarai harga, meh terjah blog Kak Norma.. 

Lokasi kat Seksyen 9, Bandar Baru Bangi.. Sederet dengan Bangi Kopitiam, Hot Bangi Char Kuey Teow.. Cuma parking agak hazab sikit la.. normal la, bukan Bangi kalau parking senang sangat..

Dannn, aku nak repeat lagi makan kat sini.. nak bawa husbaby pulak.. korang pun janganla tengok je, tryla sepinggan dua ye.. tak menyesal beb.. okbai..


hurmm, cakap pasal makan terus laparudin.. mencik

Viewing all articles
Browse latest Browse all 231