Assalamualaikum wbt..
Hari ni masuk 3 hari aku cuti.. tanpa hantar borang cuti segala,tak sure la apa bos aku cakap nanti.. dak Danish kena chicken pox.. jangkitan dari taska since last week, hari Jumaat.. masuk hari ni dah 6 hari.. Alhamdulillah makin kering, tunggu nak mengelupas je semua tu.. seriously memang sedih tengok even Danish tak merengek melampau, kenkadang je dia akan menangis secara tiba-tiba.. aku dah rasa sakit tu, so tau la macam mana..
Cuma aku terkilan kat sini bila ada orang pertikaikan nape tak baik lagi sakit tu.. nape mesti cuti lama-lama.. nape mesti sesaje duk kat umah jaga anak sedangkan anak aktif je.. ni nak tanya,pernah hantar anak pegi taska tak?? Kalau sepanjang umur ko just pernah hantar anak pegi umah orang yang orang tu cuma jaga 3@4 orang anak yang majoritinya dah besar,jangan pertikaikan.. taska tempat Danish duduk ni ada baby umur sebulan, ada yang masih di bawah umur setahun.. aku tak nak risikokan anak orang lain.. cukupla orang lain risikokan anak aku..
Cakap pakai sedap mulut.. aku tersentap sebab tu je.. ingat aku tak rasa bersalah ke cuti lama-lama macam ni?? Bukan suka2 pun.. komitmen aku untuk jaga anak sampai anak aku sembuh sepenuhnya.. mungkin diri sendiri belum rasa.. atau dah rasa tapi tempoh kena tu singkat.. tengokla sendiri keadaan Danish ni.. penuh satu badan chicken pox dia.. semua besar-besar.. amik masa untuk betul-betul kering..
Dah tak memasal aku emo kat blog sendiri.. mesti ada terkeluar ayat, "baik berhenti keje je laaaaa".. sebab dulu ada mulut puaka sound aku, "you macam mana jaga anak? Anak asyik sakit je".. aku ingat sampai sekarang..
Aku ni kalau melibatkan anak,jadi sensitif empatbelasratus kali ganda.. jangan sampai aku jadi hulk.. kalau nak cakap potong gaji, yang kena potong pun gaji aku,bukan gaji kau..
Moga Danish cepat sembuh..