Assalamualaikum wbt...
Musim cuti kini datang lagi untuk menghabiskan duit kita dan membina memori! Ecehhhh, ayat padu kooo. Kalau korang ada plan nak heret keluarga atau kawan-kawan korang pergi bercuti, ini masanya! Kalau korang plan nak pergi travel atau short trip ke Kota Kinabalu, aku syorkan yang korang pergi sana naik flight Malindo Air sebab diorg tengah buat promosi best gaisss. Bukan sikit tau promosi, tapi Malindo Air ada buat banyak gila promosi untuk domestik trip. Kalau korang tengah serabut nak cari tiket balik kampung, korang boleh cari Malindo, konpem diorang ada promosi tu nak nak time cuti perayaan. Ini serius.
Untuk korang yang nak teringin sangat nak menghabiskan percutian kat Kota Kinabalu, Sabah, korang dijangka boleh mendapatkan Malindo promotionserendah RM98 untuk tambang asas Kelas Ekonomi. Apa yang perlu korang perlu buat ialah ke laman web Malindo Airline dan klik pada pautan Early Bird Sale diorang. Kat sana nanti, syarikat penerbangan itu bagi korang pelbagai pilihan sama ada untuk perjalanan dengan Ekonomi atau Kelas Perniagaan dengan pelbagai harga yang berpatutan! The best part is, Malindo memberikan anda 20 kg bagasi percuma! Ulang sekali lagi, PERCUMA!!! Dah cukup untuk korang dan family nak angkut hasil shopping korang tuuu. Malindo juga menawarkan anda pilihan untuk book direct flights to Kota Kinabaluatau transit ke Lapangan Terbang Singapura kalau korang plan nak extend lagi holiday korang. Holiday sekejap-sekejap mana puas khennn, musti nak lama-lama sikit.
Dah kenapa aku asyik sebut Kota Kinabalu ni? Best apa KK, saja lah nak promote 😃. Selain dari pantai-pantai dan pulau-pulau diorang yang memang cantik dan berhampiran, ibu kota Sabah juga merupakan tempat pelancongan yang indah, terutama sekali dengan panorama Gunung Kinabalu yang majestic gila. Dulu dikenali sebagai Jesselton waktu zaman-zaman penjajahan Inggeris. Selain daripada kaya dengan latar belakang sejarahnya, kota ini juga kaya dengan masyarakat berbilang kaum yang mana terdapat sembilan kumpulan etnik berlainan yang mengamalkan agama dan kepercayaan yang berbeza. Bahasa utama yang digunakan di rantau ini adalah bahasa Melayu dengan dialek Sabahan.

Saujana mata memandang😍
Kalau datang Kota Kinabalu, korang wajib melawat Kundasang yang dikatakan New Zealand versi Malaysia! Kalau nak fefeeling ada di NZ, tak payah pergi NZ, pergi Kundasang pun dah cukup feeling macam kat NZ uolsss.

NZ Malaysia!!!
Bandar pelabuhan tepi laut juga dikelilingi dengan beberapa pulau indah yang terkenal dengan perairan jelas berwarna biru dan terumbu karang yang berwarna-warni. Jadi, kalau korang jenis yang sukakan cabaran, korang boleh cuba aktiviti air yang ada dekat di sana! Pulau-pulau ini boleh diakses dengan menaiki bot dari pelabuhan Kota Kinabalu sendiri.

Makanan? Jangan risau beb, bandar ini dibanjiri dengan pelbagai jenis restoran seperti makanan laut, hidangan tempatan, hidangan pelbagai kaum dan juga hidangan antarabangsa untuk memenuhi selera makan anda! Syurga seafood woihhh, feveret aku gak tu!!

amacam, menggiurkan tak??😋
Jap jap, belum habis lagi, dekat KK juga ada pelbagai hotel murah dan hotel mewah yang menghiasi kota Kota Kinabalu. Jadi, korang tak perlu risau di mana untuk menginap bila korang dah ada dekat sana malam! Tapi, kalau nak dapatkan harga yang terbaik, korang kena buat research sikit. Korang kena bandingkan harga hotel-hotel ini sebelum korang bertolak ke sana untuk pastikan harga yang korang dapat tu harga yang terbaik serta lokasinya juga tak menghampakan sangat.
Masih berfikir tentang destinasi percutian korang yang seterusnya? Dahhh, jangan banyak fikir, sakit otak pulak nanti. Korang terjah ke Kota Kinabalu weh! Pergi ke laman web Malindo dan buat booking korang sekarang! Kalau lambat, memang rugi. Ini serius!!
Selamat bercuti!!!!!!!! 😏😏