Assalamualaikum wbt..
Hah...tak ada puri² dah kekdahnya.. puri gak sebenarnya, tapi aku kabor bubur je la.. sejak Danish masuk 7 bulan tu, aku dah latih tekak dan perut dia untuk terima nasi... buah dah lulus.. sayur dah lulus kecuali sayur bayam yang memang Danish menangis meraung kalau bagi makan bayam.. tak apa la, nanti ganti sayur lain..
Masa mula² bagi nasi tu, just nasi yang aku blend halus² campur dengan susu..memula macam susah jugak nak masuk tekak Danish, tapi lelama ok..
Bila difikirkan balik, macam kesian kot bagi nasi plain gitu je.. dan kebetulan ruam Danish dah sangat elok, aku campur la nasi tu.. aku buat NASI+KENTANG+AYAM.. risau gak Danish tak nak sebab campur² kan.. tapi kalau ikut, umur tu dah boleh dah mixkan makanan dia.. dan berjaya!!! sengih hemak engko ni Danishhhhhhh...
Next resepi, NASI+BROKOLI+KENTANG+AYAM.. entah nape kentang tu dah macam hidangan wajib lak.. hahaha.. aku kan penggemar kentang, jadi nak latih anak gemarkan kentang juaaaaa... brokoli tu aku letak beberapa ketul je..
And next..NASI+LOBAK MERAH+KENTANG+AYAM.. haaaa, kombinasi ni lebih sikit, macam kombinasi brokoli tadi.. perghhh, dia punya rasa memang sedap!!! pesen aku ni rasa dulu makanan anak sebelum bagi anak makan.. nak resepi?? ecehhh..ala, aku kongsi je..
NASI+KENTANG+AYAM
Bahan² :
Segenggam beras wangi
Kentang (separuh dan potong dadu)
Isi ayam (5-6 ketul kecik)
Cara:
Rebus kesemua bahan (beras+kentang+ayam) hingga empuk.. Empuk yang sekata ye..
Bila dah empuk, sejukkan sekejap
Blendkan kesemua bahan tadi..
Sedia untuk dihidang
NASI+BROKOLI+KENTANG+AYAM
Bahan:
Segenggam beras wangi
Brokoli (4-5 ketul kecik)
Separuh biji kentang (potong dadu)
Isi ayam (5-6 ketul kecik)
Cara:
Sama macam di atas.. Rebus semua hingga empuk kemudian blendkan..
NASI+LOBAK MERAH+KENTANG+AYAM
Bahan:
Segenggam beras wangi
Lobak merah separuh (potong dadu)
Separuh biji kentang (potong dadu)
Isi ayam (5-6 ketul kecik)
Cara:
Sama macam di atas.. Rebus semua hingga empuk kemudian blendkan..
Meh nak share gambar Nasi+Carrot+kentang+ayam.. ni je yang sempat share.. yang lain tak dan, sambil masak, sambil layan anak.. enpon pun tah ke mana..
![]() |
inilah "pemakan" bubur nasi tu.. yay, anak mommy makin berselera makan.. anak selera makan, hati mommy senang!!! |
Sooo, kalau korang ada anak seusia Danish dan tak tau nak bagi makan apa kerana ketandusan idea, meh la try resepi aku share tu.. ingat ye, garam, gula dan bahan perasa adalah dilarang.. satu lagi nak ingatkan, masih kena ikut 4 days rule tau.. tengok kot² anak korang ada alahan ke tak dengan makanan yang ko bagi tu.. kalau ada alahan, stop dan ganti dengan yang lain..