Quantcast
Channel: Blog MizzTina
Viewing all articles
Browse latest Browse all 231

Perihal jaga anak

$
0
0
Assalamualaikum wbt..

Masa kat ER hari tu, aku dapat soalan cepuemas perak gangsa tembaga lembing keris modenas.. bengang gak sebab kena tembak balik pas jawab soalan tu..

Doc yang check Danish tanya, anak hantar ke mana.. aku kabor la pengasuh.. then soalan dia, "dalam satu minggu, brape hari pengasuh jaga dan berapa hari aku jaga untuk tempoh masa yang lama".. kalau dah aku kabor hantar ke pengasuh, dah tentu 5 hari pengasuh jaga, 2 hari aku jaga..

Sinis je dia cakap, "Puan kena lebihkan banyak masa untuk jaga anak..jangan terlalu harapkan pengasuh.. nanti kite tak tau perkembangan anak kite sendiri".. pastu mula bagi ceramah,"kite tak tau macam mana pengasuh jaga..dan kite tak tau perkembangan anak.. anak sakit pun tak tau apa punca.."

Ewahhhh, terbaekkk ko punya ayat.. ok,aku ibu bekerja walaupun bukan kerjaya hebat.. aku kerja 5hari seminggu, Isnin-Jumaat.. Sabtu kenkadang keje gak..tapi tak selalu la, sebulan tu sekali atau 2kali Sabtu je.. takkan aku nak buat permintaan kat company mohon pendekkan hari bekerja.. dari 5 hari bertukar kepada 3 hari, maka lebih 4 hari boleh jaga anak sepenuh masa.. gitu ke doktor?? 

maybe doktor ni belum kawin, tu pasal sesedap oren tembak aku.. aku kalau tak alert pasal anak, aku biar je la dia sakit, tak payah pegi hospital.. bila aku alert dan bawa anak ke hospital, dia kata demam baru 3hari, masih awal lagi.. pulak.. 

aku kerja untuk bantu suami..untuk kelangsungan hidup.. sedangkan pak men gaji besar pun ikat perut, apatah lagi aku golongan miskin tegar kat bandar ni.. jadi bukan aku suka² nak hantar anak ke taska.. sekurang²nya aku pick up anak tiap² hari.. bukan macam sesetengah golongan ni yang hantar ke pengasuh seminggu terus dan amik weekend.. ye, memang ada yang macam ni.. seminggu sekali amik anak.. aku ni at least malam masih bergomol dengan anak..

pastu nak OOT jap, pasal menyusukan anak sampai 40 minit dan kena kecam tu.. yang kecam tu memang terlebih mabuk agaknya..belum kawen ye? patutla sumbak otok..

kannn, hasil membebel terus keluar topik.. lari tajuk terus..wakakak.. siyesli aku sentap giler dengan kenyataan doktor.. tak patut rasanya dia kata gitu.. nasibla dia doktor yang rawat Danish, aku diamkan je.. kasi senyum kelat sikit walau dalam hati sebal sangat..



notakecik : dah berjangkit batuk dan selesema pulak aihhhh

Viewing all articles
Browse latest Browse all 231