Quantcast
Channel: Blog MizzTina
Viewing all articles
Browse latest Browse all 231

Setengah tahun berlalu

$
0
0
Assalamualaikum wbt..

16 Oktober 2014..genap sudah usia Danish 6 bulan.. cepatnya betul masa berlalu *ayat klise*.. siyes, aku rasa macam cepat.. sakit masa bersalinkan dak Danish macam tak hilang lagi, tau² dak Danish dah besar dah..even saiz dia tecit je..

6 bulan aku dah berjaya jadi seorang mommy yang mungkin baik untuk Danish.. Dalam tempoh ni, macam² Danish dah pandai.. dan paling tak sabar, nak suap Danish makan.. haishhhh, tak sabor mak engko ni.. tapi ada la try bagi kurma, Danish macam terkejut.. dia luah balik.. maybe tak boleh tergesa² sangat nak bagi dia makan.. slow² ye sayang.. mommy akan pastikan awak dapat yang terbaik..yeay!! teruja koooo.. biarla saiz anak aku kecik tak macam anak orang lain..biarla berat dia sikit pun..janji dia sihat dan aktif..

sekarang dah banyak akal.. asal ayah dan mommy duk sama² dalam kereta, Danish ingat nak berjalan.. semalam husband yang hantar pegi keje, biasanya drive sendiri.. macam biasala hantar Danish ke pengasuh.. nanges pulak dak botak ni.. adui dui dui..bukan nak berjalan la sayang oi... dan malam tadi, baru nampak Danish betul² aktif macam sebelum dia sakit hari tu.. lega sangat.. awak demam nak berganti bulan ye.. yela, orang kan suka kata macam tu.. aku ikut je la..

hurmm..tadi aku macam lancar je nak menaip entry ni, pastu terus lupa..lahaiiii.. 


moga Danish sentiasa sihat..aktif..jadi anak yang soleh..pengasih.. hormat orang tua.. kacak.. lembut hati.. semua la yang baik², ayah dan mommy doakan untuk Danish.. ayah dan mommy mungkin tak dapat bagi kekayaan harta.. tapi insyaAllah ayah dan mommy akan beri kekayaan kasih sayang dan senang seadanya.. 

alorhhh, sebak pulak.. tsk..tsk..

bila tengok Danish dah mula aktif semula..aku siyes lega+sebak sangat.. sakit menimpa Danish tu menunjukkan yang Allah swt nak menguji aku dan suami.. nak tengok sejauh mana kita dapat menjaga amanah-Nya.. semampu mana kite dapat menghadapi ujian.. sesungguhnya ujian adalah TARBIYAH dari Allah swt.. adakah kita bersabar ataupun sebaliknya.. Kesenangan yang datang selepas kesusahan adalah NIKMAT dari Allah swt...

we love u sayang!! ♥♥

Viewing all articles
Browse latest Browse all 231